OSC ONLINE : SEMUA SOALAN DAN ISU MENGENAI OSC ONLINE ::: 25 soalan
1.
Apakah itu OSC Online?
OSC Online adalah sebuah sistem elektronik untuk membuat penyerahan pemohonan dan memproses permohonan untuk kawalan pemajuan. Ianya juga merupakan suatu platform elektronik untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat-maklumat berkenaan dengan kawalan pemajuan.

Muat turun info lanjut mengenai slaid dan borang soal selidik di [ SINI ]

2.
Bagaimanakah OSC Online boleh dicapai ?
1. Google/Cari laman web PBT di Internet melalui komputer anda.
2. Cari pautan laman web PBT.
3. Klik pada pautan OSC Online.
4. Daftar sebagai pengguna
5. Pilih fungsi-fungsi atau perkhidmatan yang anda perlukan.

3.
Apakah modul-modul utama OSC Online?
2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.
4.
Apakah sub modul OSC Online?
Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :
- e-permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
- e-permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
- e-rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan
- e-tanya = pre-consultation secara online
- e-aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan
- e-panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT Berkaitan
- e-bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan
- e-kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.

5.
Siapakah pemohon kepada OSC Online ?
Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang, juruukur tanah dan pelukis pelan bangunan.
6.
Siapakah Pengguna-Pengguna untuk OSC Online?
Pengguna-pengguna OSC Online adalah :
1. Pemohon termasuklah, Perancang Bandar Bertauliah, Arkitek Bertauliah, Jurutera Bertauliah, Juruukur Bertauliah, dan Pelukis Pelan Bangunan.
2. Urusetia OSC di PBT
3. Agensi Teknikal Dalaman di PBT termasuk Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lanskap, Jabatan-Jabatan Lain yang memproses di PBT
4. Agensi Teknikal Luaran termasuk, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Air Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Indah Water Consortium, Jabatan- Jabatan Lain (Mengikut Keperluan PBT)
5. Pentadbir sistem iaitu Jabatan ICT di PBT
6. Orang Awam

7.
Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon.
Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri. Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.

8.
Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.
9.
Kenapa dalam format PDF dan bukan CADD file?
Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.
10.
Adakah hardcopy masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan di peringkat penyerahan sebagai proof of submission dan di peringkat endorsan di atas pelan setelah JawatanKuasa OSC membuat keputusan.
11.
Bila hardcopy dikemukakan?
Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.
12.
Adakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.
13.
Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online.
14.
Berapa lamakah bahan-bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadakan?
Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara-perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage. Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya, dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.
15.
Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online menggunakan ID projek dan ID permohonan. Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan menggunakan kaedah yang sama.
16.
Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukakan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?
Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. Walau bagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.
17.
Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan diuruskan?
Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau di kaunter pembayaran PBT. Modul ePembayaran OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan.
18.
Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?
Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.
19.
Bagi permohonan yang dikemukakan secara online, perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?
Bagi permohonan secara online, pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.
20.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada keperluan untuk merujuk kepada lain-lain agensi teknikal yang tidak tersenarai dalam agensi teknikal yang telah ditetapkan?
Penambahan agensi teknikal lain selain daripada yang disenaraikan boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di PBT masing-masing.
21.
Adakah OSC Online menghadkan saiz fail dokumen yang dikemukakan?
Adalah disarankan saiz dokumen tidak melebihi 3MB, walau bagaimanapun dokumen yang melebihi 3MB, sedikit masa tambahan akan diambil bagi memuatnaik.
22.
Apakah kelebihan OSC Online untuk pemohon?
Kelebihan untuk pemohon adalah seperti berikut:-
1. Penyerahan yang lebih efisien.
2. Kekurangan penggunaan kertas.
3. Pemantauan sendiri.
4. Berkomunikasi terus dengan pihak berkuasa.
5. Akses dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.

23.
Apakah jangkamasa untuk kelulusan permohonan?
Jangkamasa untuk kelulusan permohonan akan berubah mengikut kadar kemahiran pengguna-pengguna dari masa ke semasa. Ianya akan menjadi lebih cepat setelah pengguna lebih mahir menggunakan sistem.
24.
Bagaimanakah OSC Online membantu mempercepatkan proses pertimbangan terhadap sesuatu permohonan?
OSC Online mampu untuk mempercepatkan permohonan melalui yang berikut:-
1. Penyerahan oleh pemohon secara terus 24/7.
2. Maklum balas terhadap permohonan secara terus 24/7.
3. Edaran untuk ulasan dan perakuan secara tersus 24/7.
4. Platfom elektronik untuk pemantauan secara real time
5. Sistem komunikasi elektronik secara real time.

25.
Apakah itu Sistem Elektronik?
Sistem Elektronik adalah sebuah sistem yang direka dalam bentuk perisian komputer untuk digunakan oleh pengguna-pengguna untuk melaksanakan tugas dalam komputer. OSC Online merupakan sistem jaringan internet untuk kemudahan pengguna melaksanakan tugas dalam talian 24/7 dan dari mana-mana sahaja.