header
Selamat Datang ke Portal OSC v3. Permohonan sepanjang masa dengan OSC Online.
 

Pengumuman
Portal OSC ini telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Tan Sri KSN pada 15 Januari 2008 sempena Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di Dewan A, PICC, Putrajaya.




Carian dan Semak
Pemohon kini boleh menyemak status permohonan masing-masing. Sila klik Carian dan masukkan No. Rujukan atau Nama Projek serta Negeri memohon.
[Carian/Semak]




Username & Password
Semua pegawai OSC di PBT yang telah bersedia untuk menggunakan portal ini boleh mendapatkan username & password masing2 dari pegawai JKT. Sila klik pada Maklumat/ Info -> Bantuan/Helpdesk atau klik pada link di bawah.
[link]




Portal OSC
Mula dibangunkan pada 17 Sept.2007 oleh Bahagian ICT, JKT dan digunakan sejak 15 Okt. 2007.




Selamat Datang ke Portal OSC versi 3

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) DI PBT

Untuk diisi oleh QP, PSP & SP (Perunding Perancang Bandar/ Arkitek/ Jurukur/ Jurutera dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)

Y. Bhg. Dato’ /Datin /Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia bersama Jabatan Kerajaan Tempatan dan Bahagian Inspektorat KPKT sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC). Bagi memenuhi salah satu skop kajian ini, pihak QP, PSP & SP/ Perunding turut terlibat secara langsung dalam menilai keberkesanan penubuhan Unit OSC di seluruh Semenanjung Malaysia.

Mohon Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat memberi maklumbalas soal selidik ini. Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan untuk kegunaan jabatan sahaja. Kerjasama Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sila klik untuk Borang Soal Selidik



Bengkel Hands On Training (HOT) OSC Online untuk Para Profesional

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas (PPK) KPKT bagi Pelaksanaan Inisiatif Makmal Pembangunan Hartanah Bil 1/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Seri KSU/KPKT yang bersidang pada 28 Februari 2012 telah memutuskan Bengkel HOT OSC Online bagi Para Profesional akan diteruskan atas dasar memenuhi permintaan Lembaga-Lembaga Profesional kepada JKT. Oleh itu, Penyertaan oleh Para Profesional perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin masing-masing. Dengan ini, Takwim HOT 2012 adalah terbatal.



Semakan di Mobile
Pemohon kini boleh menyemak kedudukan permohonan di telefon bimbit masing-masing melalui Web Mobile JKT. Sila taip url http://jkt.kpkt.gov.my di web telefon anda.


Peringatan : No. MyKAD & Alamat e-mel
Semua pengguna yang masih belum mengemaskini no. MyKAD & alamat e-mel digesa untuk memasukan maklumat tersebut. Paparan MENU akan ditutup sekiranya maklumat ini belum diisi.



Pemohon boleh menyemak kedudukan permohonan dengan menggunakan nombor rujukan permohonan yang diperolehi dari kaunter OSC semasa permohonan didaftarkan. Pemohon juga digalakkan berurusan sendiri dengan Jabatan/Agensi Teknikal yang masih belum memberikan ulasan teknikal dalam masa 14 hari bagi kawasan pemajuan yang ada Rancangan Tempatan, manakala 40 hari bagi yang tiada Rancangan Tempatan.


Pengunjung sejak 17/09/2007 : Lihat Statistik Pengunjung
* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 17 April 2012 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT