PAKEJ LAWATAN KE BEIJING / TIANJIN, CHINA (Host city of 2008 Olympic Games)

Tempoh
-
7 Hari / 5 Malam (Isnin - Ahad)
Cadangan Tarikh
-

13 - 19 OGOS 2007 (Kali pertama)
Mei / Jun 2008 (kali kedua)

Tempat Lawatan
-
Tiananmen Square, Palace Museum & Forbidden City, Summer Palace, Great Wall
Bayaran (Dewasa)
Kanak2 (berkongsi dengan 2 dewasa)
-
RM 1,900
RM 1,650 (TANPA katil tambahan)
RM 1,750 (DENGAN katil tambahan)
Harga Pakej (termasuk)
-
  • Tiket penerbangan pergi/balik dengan MAS
  • 5 malam penginapan di hotel 4 bintang (taraf Beijing) - Hotel YangXiang / setaraf (berdekatan pusat membeli-belah Sunny Gold Street Market)
  • Makan & minum halal di restoran Islam (spt di atur cara)
  • Lawatan dengan pemandu pelancong berbahasa Malaysia/ Indonesia
  • Yuran masuk ke tempat lawatan
  • Tips pemandu coach / pemandu pelancong
  • Airport Tax / Insurans penerbangan / Fuel Surcaj
  • Yuran visa
  • Insurans PA dan Medical kumpulan
Harga Pakej (tidak termasuk)
-
  • Caj lebihan berat bagasi (maks 20kg)
  • Perbelanjaan persendirian
Penempahan
-
  • Passport dengan sah laku minimum 6 bulan dari tarikh balik (diurus oleh peserta)
  • 1 keping gambar warna bersaiz passport
  • Bayaran tempahan RM300 (tidak dikembalikan jika menarik diri)
Jadual penerbangan MAS
-
  • Selasa : K.Lumpur - Beijing : MH370. Berangkat 12.30 tgh malam - Tiba : 6.35 pagi
  • Ahad : Beijing - K.Lumpur : MH 379. Berangkat 4.35 ptg - Tiba : 10.50 mlm

 

ATURCARA / ITERNARY
HARI 1 : ISNIN : K.LUMPUR - BERLEPAS
Berkumpul di KLIA pada jam 10.00 mlm untuk penerbangan pada jam 12.30 tgh mlm.
HARI 2 : SELASA : BEIJING / TIANENMEN SQUARE (SP/MT/MM)
Sampai di Beijing jam 6.35pg dan terus ke Hotel untuk check-in (jika bilik telah tersedia kerana waktu c/in biasa jam 12.00 tgh). Istirehat sehingga waktu MT. Lawatan ke Tiananmen Square - dataran terbesar di mana upacara Hari Kebangsaan diadakan pada setiap 1 Oktober. MM awal dan menonoton pertunjukan akrobatik.
HARI 3 : RABU : TEMBOK BESAR (SP/MT/MM)
SP di hotel. Lawatan ke Tembok Besar (Great Wall), salah satu dari 7 keajaiban dunia. Boleh mendaki kepada yang terdaya atau mebeli cenderahati di kedai sekitar. Singgah di pusat kain sutera, batu jade, kristal. MT dan solat di surau restoran. Semasa pulang, singgah di Pusat Perubatan Bao Fu Ling untuk demonstrasi keberkesanan ubat melecur. MM sambil menonton pertunjukan tarian kebudayaan suku bangsa Xianjiang.
HARI 4 : KHAMIS : FORBIDDEN CITY (SP/MT/MM)
Selepas SP. Lawatan ke Kota Larangan, istana peninggalan zaman silam yang terbesar di China sehingga waktu MT. Kemudian ke Masjid Nan Dou Ya yang berusia lebih 700 tahun. Masjid tertua di Beijing sedang ditutup untuk ubah suai sempena sukan Olimpik 2008. Ke Pusat Refleksologi untuk pengalaman mengurut kaki secara tradisional China.
HARI 5 : JUMAAT : SUMMER PALACE / MEMBELI BELAH (SP/MT/MM)
Kunjungan ke Istana Musim panas Maharaja Dinasti Ming di samping melihat koridor terpanjang di dunia. Di akhir koridor boleh menaiki bot naga (jika beroperasi) di tasik buatan manusia menuju ke pintu keluar. Membeli belah di Russian Market, Ya Bao Lu, Yueshow hingga waktu MM.
HARI 6 : SABTU : BEIJING / TIANJIN / BEIJING (SP/MT/MM)
Kunjungan ke Underground City, sistem terowong yang sangat kompleks dibina di zaman pemerintahan Mao Tze Tung. Bertolak ke kota Tianjin, kota pelabuhan dan lawatan sekitar bandaraya meliputi Jalan Makanan, Masjid Besar Tianjin dan Jalan Kebudayaan untuk membeli-belah barangan kerajinan tangan tempatan. Kembali ke Beijing pada sebelah petang.
HARI 7 : AHAD : BEIJING ~ K.LUMPUR (SP/MT)
SP dan membeli-belah sehingga waktu MT. Solat di Masjid dan berangkat ke LT Beijing untuk penerbangan jam 4.35 ptg.

Nota : SP = Sarapan Pagi, MT = Makan Tengah hari, MM = Makan Malam <-- Disediakan

 

Ahli yang berminat untuk menyertai lawatan ke Beijing, China boleh memberikan nama kepada Biro Lawatan dan Rekreasi untuk mengetahui sambutan ahli iaitu :-

  1. Tuan Safinah - Pej. YB Menteri - 03-2099 2373
Kemas kini pada : 23 Julai 2007
* * * Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © AZNUL/KESKEP/KPKT 2007 - 2012 : Biro Penerbitan, Publisti & Cenderamata * * *
Lebih menarik dilayar dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox.