KEJOHANAN BOLING KESKEP 2008

Kejohanan ini akan diadakan pada 31 Mei 2008 (Sabtu), jam 2.00 petang di Flamingo Bowl, Ampang. Penyertaan secara individu (Lelaki & Wanita) dan terhad kepada 80 peserta terawal sahaja. Tarikh tutup penyertaan pada 23 Mei 2008 (Jumaat), jam 3.00 petang. [ selanjutnya... ]

Kemas kini pada : 09 Meil 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA TERENGGANU DAN PULAU REDANG
KESKEP akan mengadakan lawatan tersebut pada 25 - 28 April 2008 (3H 2M). Bayaran RM200.00 seorang dikenakan.

[ selanjutnya... ]
Kemas kini pada : 09 April 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN MAJLIS DAERAH GERIK
KESKEP akan mengadakan lawatan dan perlawanan persahabatan tersebut pada 30 November - 2 Disember 2007. Bayaran RM40.00 seorang dikenakan.

[ selanjutnya... ]
Kemas kini pada : 23 Okt. 2007

BAZAAR RAMADHAN SEHARI KESKEP
KESKEP akan mengadakan Bazaar Ramadhan Sehari pada 1 Oktober 2007, jam 12 - 4.00 ptg di Dewan DRB Pusat Bandar Damansara.

[ selanjutnya... ]
Kemas kini pada : 26 Sept. 2007

KARNIVAL SUKAN PUSAT BANDAR DAMANSARA - BOLING

Pasukan KPKT dengan jumlah jatuhan 3704 pin, muncul JOHAN dalam acara Boling yang telah diadakan pada 29 Julai 2007 di Cosmic Bowl, Mid Valley dan menjulang KPKT sebagai JOHAN KESELURUHAN dengan pungutan mata terkumpul sebanyak 280 mata. HC Duraclean menjadi naib johan dengan jumlah jatuhan 3649, DRB - 3578, TMR Urusharta - 3325, Teraju Fokus - 3216 dan Metro Parking - 2808. Majlis penutup Karnival sukan telah ditunda ke 1 Ogos 2007, jam 4.00 ptg di Dewan DRB, Blok K. Semua pemain KPKT dijemput hadir.

[ selanjutnya... ]

Kemas kini pada : 30 Julai 2007

HARI KELUARGA KESKEP 2007

Pihak Jawatankuasa telah memilih Pulau Pangkor sebagai lokasi Hari Keluarga yang akan diadakan pada 31 Ogos - 2 Sept. 2007. Semua Warga KESKEP yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi Urus setia. Tarikh tutup penyertaan :- 24 Ogos 2007 (Jumaat)

[ selanjutnya... ]

Kemas kini pada : 27 Julai 2007

TUNTUTAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KESKEP

Dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan KESKEP sedang mengumpul maklumat ahli bagi pembayaran tuntutan sumbangan kebajikan mulai 01 Julai 2006 seperti berikut :-

  1. Kelahiran Cahaya Mata (Sekali dalam perkhidmatan di KPKT)
  2. Dimasukkan ke Hospital (Ahli sahaja)
  3. Kematian : Ahli - Ibu / Bapa - Suami / Isteri - Anak
  4. Bersara
  5. Bantuan Bencana Alam

[ selanjutnya... ]

Kemas kini pada : 17 Julai 2007

KEJOHANAN BOLING KESKEP 2007

Kejohanan ini akan diadakan pada 26 Ogos 2007 (Ahad), jam 2.30 petang di Wonder Bowl, Mines Shopping Fair, Sungai Besi. Penyertaan secara berkumpulan (Lelaki & Wanita) dan terhad kepada 22 kumpulan sahaja. Tarikh tutup penyertaan pada 7 Ogos 2007 (Selasa), jam 3.00 petang. [ selanjutnya... ]

Kemas kini pada : 11 Julai 2007

KARNIVAL SUKAN PUSAT BANDAR DAMANSARA

Karnival ini yang diadakan julung-julung kalinya oleh TMR Urusharta akan menyaksikan pertembungan 6 penjuru antara KPKT, TMR Urusharta, Damansara Reality Berhad, Metro Parking, Teraju Fokus dan HC Duraclean. Ianya berlangsung pada 07 - 30 Julai 2007 di mana Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 30 Julai 2007. Sukan yang dipertandingkan dipecahkan kepada 5 sukan utama iaitu Badminton, Ping Pong, Indoor Games (Karom, Dart, Catur, Dam Haji, Congkak), Futsal dan Boling.
[ selanjutnya... ] [ keputusan... ]

Kemas kini pada : 10 Julai 2007

KEJOHANAN FUTSAL KESKEP KPKT

Kejohanan ini yang dijadualkan pada 1 Julai 2007 terpaksa DIBATALKAN disebabkan bilangan penyertaan yang kurang menggalakkan.

Kemas kini pada : 09 Julai 2007

AJK Eksekutif yang bermesyuarat pada 27 Jun 2007 telah bersetuju untuk merancang beberapa aktiviti lagi seperti berikut :-

1. HARI KELUARGA KPKT/KESKEP 2007

Cadangan Tarikh
-
01 - 02 Sept. 2007 (Sabtu & Ahad)
Cadangan Tempat
-
* Hotel Seri Malaysia, Sepang & Pantai Sepang
* Perting, Bentong
* Sunway Lagoon Water Park
* Bukit Merah Lake Town Resort

2. LAWATAN KE BEIJING, CHINA (Host city of 2008 Olympic Games)

Tempoh
-
7 Hari / 5 Malam
Cadangan Tarikh
-
13 - 19 Ogos 2007
Cadangan Tempat
-
Tiananmen Square, Forbidden City, Summer Palace, Great Wall and The Ming Tombs

Ahli yang berminat untuk menyertai lawatan ke Beijing, China boleh memberikan nama kepada Biro Lawatan dan Rekreasi (En. Surimi - Bah. Perancangan / Tuan Safinah - Pej. YB Menteri) untuk mengetahui sambutan ahli. Klik untuk MAKLUMAT LANJUT

Kemas kini pada : 27 Jun 2007
* * * Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © AZNUL/KESKEP/KPKT 2007 - 2010 : Biro Penerbitan, Publisti & Cenderamata 2006/2008 * * *
Lebih menarik dilayar dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox.